Secara ringkasnya WFI ni adalah konsep anda membuat jualan barang fizikal di luar negara tapi ada staf di luar negara yang tolong uruskan packing, wrapping, dan poskan barang anda tu ke customer.
Kalau anda nak buat jualan di mana-mana marketplace international seperti Amazon, eBay, Shopify, etsy dan sebagainya.
Anda perlu simpan stok barang di tangan di Malaysia, ataupun anda buat jualan secara dropship.
Tapi dengan teknik WFI ni, anda dah tak perlu lagi simpan stok di tangan tapi konsepnya sama macam dropship. Dan kualiti barang yang anda jual tu boleh dikawal. Sebab anda yang control kualiti produk dan shipping service.
Sebabnya warehouse fulfillment akan tolong bantu uruskan packing dan penghantaran produk jualan anda 100%.